Posts

Showing posts from June, 2018

Menjemput jiwa yang hilang..

Hasrat yang menggebu gebu itu.. Selalunya tidak mampu kukalahkan.. Apatah lagi untuk aku patah patahkan.. Aku termangu dalam dunia suram dan kelam.. Lumpur kesesatan dan jurang nista menenggelamkan segalanya.. Nafsu itu membunuh.. Lalu tercipta dua garisan.. Yang menjadikan aku terkapai kapai.. Direntap oleh lembah hitam..  Kemudiannya dihumban ke lembah putih.. Sebelum aku terbang jatuh longlai.. Di dakapan malam.. Menguak tabir malam yang kelam.. Ku mengharap jiwaku yang hilang dijemput kembali.. Ku mencoba tegar bertahan. Biarlah segalanya menjadi pelajaran buatku..

Menakluk diri.

INSAN ITU HAMPIR TERTIPU DENGAN DIRINYA SENDIRI.. DENGAN PALITAN NIKMAT YANG SEBENARNYA MEMBAWA BENCANA KEPADA DIRINYA SENDIRI. MUNGKIN PADA PANDANGAN YANG MELIHATNYA HANYA KELIHATAN INDAH INDAH SAHAJA, HAKIKATNYA DIRI DAN JIWANYA BERTARUNG DENGAN DUA KUASA YANG INGIN MENAKLUK KESELURUHAN DIRINYA.. YANG PASTI,KESAKITAN ITU MENCUCUH SEPERTI BARA YANG PANAS..