Posts

Menjemput jiwa yang hilang..

Hasrat yang menggebu gebu itu.. Selalunya tidak mampu kukalahkan.. Apatah lagi untuk aku patah patahkan.. Aku termangu dalam dunia suram dan kelam.. Lumpur kesesatan dan jurang nista menenggelamkan segalanya.. Nafsu itu membunuh.. Lalu tercipta dua garisan.. Yang menjadikan aku terkapai kapai.. Direntap oleh lembah hitam..  Kemudiannya dihumban ke lembah putih.. Sebelum aku terbang jatuh longlai.. Di dakapan malam.. Menguak tabir malam yang kelam.. Ku mengharap jiwaku yang hilang dijemput kembali.. Ku mencoba tegar bertahan. Biarlah segalanya menjadi pelajaran buatku..

Menakluk diri.

INSAN ITU HAMPIR TERTIPU DENGAN DIRINYA SENDIRI.. DENGAN PALITAN NIKMAT YANG SEBENARNYA MEMBAWA BENCANA KEPADA DIRINYA SENDIRI. MUNGKIN PADA PANDANGAN YANG MELIHATNYA HANYA KELIHATAN INDAH INDAH SAHAJA, HAKIKATNYA DIRI DAN JIWANYA BERTARUNG DENGAN DUA KUASA YANG INGIN MENAKLUK KESELURUHAN DIRINYA.. YANG PASTI,KESAKITAN ITU MENCUCUH SEPERTI BARA YANG PANAS..

Syair Imam As-syafie ❤️

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini. تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu. ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah? ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni’mat itu kepadaku عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku ويـسـتــر

Madinah berbisik.

Semakin bertambah umur, Semakin berkurang nikmat memaknai kehidupan. Semakin sibuk urusan dunia, Semakin kurang peka pada hal yang sepatutnya menjadi tumpuAn. Semakin banyak mengenali pelbagai karekter manusia, Semakin kurang rasa percaya dan bergantung harap pada manusia. Semakin perit sebuah ujian, Semakin kuat hati menerima takdir takdir yang tak terduga. Lalu, Apakah yang sebenarnya menjadi kekuatan dan harapan seorang manusia? Pejamkan mata,dengar hati bicara. Bangun semula ketika tanah bersedia menongkatmu. Ketenangan itu yang tiada ganti. Apabila Allah memberi jawapan pada tiap persoalan yang manusia tak mampu lakarkan, Maka, Berusahalah memaknai sebuah kehidupan dengan berlantaikan pegangan yang kukuh pada Penyempurna takdir insan. Semoga langit terang memayungi setiap harga manusia yang kehilangan harapan. Mari memeluk bahagia bersama kasih sayangNya 💕. ~madinah berbisik~

Remember the days you prayed for what you have now.

It's so easy to skip over the blessings we've received and stay focused on what it is we still don't have.🙌 What would it be like to ask for growth. To ask for challenges that would make us learn and step into being better instead of just asking for outcomes? ☝️ We're so quick to ask for a husband or wife, or a job, or for money.✋ We're quick to ask for life to just be easier, or for things to fall into place. 😐 We think that those 'asks' will make our lives better. But the truth is, it's the growth before the outcomes that does that. ☝️ Search for the growth...to ask for transformation.😌 and to see where those things are present right now. Pray for growth. 🙏 Pray for the challenges that help you step into your greatest self. Pray for lessons to be revealed and for opportunity to be better. Don't ask for outcomes..☝️ ask for the process.🙏 #mindfulmf

Allah tasketh not a soul beyond its scope.

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient. Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return." Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided. #TheNobleQuran 2 : 155-157) The bigger the test, the greater the reward.❤️ Ujian takkan pernah berhenti. Sekejap hilang,sekejap datang semula. Mana mungkin orang yang beriman tidak diuji :😊 Besar apa pun yang datang, Lapangkan dada besarkan jiwamu yang kental itu :😌 Takkan Allah uji jika kamu mampu, Masakan tidak,kamu adalah insan paling beruntung pabila diuji ❤️ Untung akhirat,siapa tidak mahu ? ~Allah tasketh not a soul beyond its scope 😌~ #blessed

Kematian yang diraikan.

Kematian yang "diraikan". Adalah suatu kebiasaan untuk aku menyambut kematian pesakit setiap kali waktu bertugas terutama ketika aku berkhidmat di hospital kerajaan dulu. Itu adalah lumrah saban hari. Namun istimewanya dalam banyak2 pesakit,ini agak luar biasa bagi aku. Hanya sekadar jelingan tarbiyah, Malam itu tenang bagaikan jentera malaikat sudah bersiap sedia melakukan tugas terakhir mencabut nyawa pesakit ini. Pesakit ini terlalu lama menderita menunggu waktu panggilanNya dijemput. Dan yang paling aku kagumi anak- anak lelaki beliau ini amat sayang dan kasih terlalu dalam buat sang ayah ini. Ingin ku ulang Anak LELAKI. Dikucup,dibelai dan tidak sedikit pun di biarkan sang ayah tidak terurus. Setiap hari pasti bertukar shift antara mereka adik beradik menjaga sang ayah yang kelihatannya memang terlalu nazak. Namun tidak sedikit pun mereka bosan menunggu hari demi hari mengharapkan kesembuhan sang ayah. Takdir Allah. Sang ayah pergi jua dijemput malaikat izra