Kematian yang diraikan.
Kematian yang "diraikan".
Adalah suatu kebiasaan untuk aku menyambut kematian pesakit setiap kali waktu bertugas terutama ketika aku berkhidmat di hospital kerajaan dulu.
Itu adalah lumrah saban hari.
Namun istimewanya dalam banyak2 pesakit,ini agak luar biasa bagi aku.
Hanya sekadar jelingan tarbiyah,
Malam itu tenang bagaikan jentera malaikat sudah bersiap sedia melakukan tugas terakhir mencabut nyawa pesakit ini.
Pesakit ini terlalu lama menderita menunggu waktu panggilanNya dijemput.
Dan yang paling aku kagumi anak- anak lelaki beliau ini amat sayang dan kasih terlalu dalam buat sang ayah ini.
Ingin ku ulang Anak LELAKI.
Dikucup,dibelai dan tidak sedikit pun di biarkan sang ayah tidak terurus.
Setiap hari pasti bertukar shift antara mereka adik beradik menjaga sang ayah yang kelihatannya memang terlalu nazak.
Namun tidak sedikit pun mereka bosan menunggu hari demi hari mengharapkan kesembuhan sang ayah.
Takdir Allah.
Sang ayah pergi jua dijemput malaikat izrail.
Mungkin aku jarang melihat anak lelaki meraung2 tidak mampu menerima kenyataan.
Wallahi,dalam hati mula nya aku bersangkal mengapa mereka tidak redha?
Sedangkan mereka bani arab yang terkenal dengan sifat muslim sejati.
Aku tenung jauh melihat air mata si anak yang merambu rambu mata kemerahan.
Masih berpanjangan meraung menangis meratap.
Aku kenali anak ini antara yang terlalu sayang dengan sang ayah.
Seorang lagi anak yang bongsu yg setia menjaga masih tidak kelihatan.seusai aku hantar ke bilik mayat,sang anak bongsu ini bekejar ke arahku bertanya sang ayah.
Tak mampu untuk aku katakan.
Terjelopok si anak.menjerit seperti histeria.aku tenangkan aku bawa semula yang bongsu ini ke bilik mayat.
Sungguh.kelibat sahabat2 sang ayah mengiringi aku membawa jenazah terlalu ramai pada waktu ini.
Aku tahu semasa hayat sang ayah ini pasti terlalu baik orangnya.
Sehingga tak mampu mereka melepaskannya pergi.
Beruntungnya sang ayah ini.
Mempunyai anak2 yang soleh dan terlalu sayangkannya,malah sahabat yang setia bersama sehingga saat nyawa di cabut.
Moga syurga firdaus buatnya.Aku pasti anaknya sebenarnya sudah lama redha,cuma terlalu dalam cinta dan kasihnya buat ayah tercinta..
Amin alfatihah 🌹

Comments
Post a Comment