Madinah berbisik.

Semakin bertambah umur,
Semakin berkurang nikmat memaknai kehidupan.

Semakin sibuk urusan dunia,
Semakin kurang peka pada hal yang sepatutnya menjadi tumpuAn.

Semakin banyak mengenali pelbagai karekter manusia,
Semakin kurang rasa percaya dan bergantung harap pada manusia.

Semakin perit sebuah ujian,
Semakin kuat hati menerima takdir takdir yang tak terduga.

Lalu,
Apakah yang sebenarnya menjadi kekuatan dan harapan seorang manusia?

Pejamkan mata,dengar hati bicara.

Bangun semula ketika tanah bersedia menongkatmu.

Ketenangan itu yang tiada ganti.

Apabila Allah memberi jawapan pada tiap persoalan yang manusia tak mampu lakarkan,

Maka,
Berusahalah memaknai sebuah kehidupan dengan berlantaikan pegangan yang kukuh pada Penyempurna takdir insan.

Semoga langit terang memayungi setiap harga manusia yang kehilangan harapan.

Mari memeluk bahagia bersama kasih sayangNya 💕.

~madinah berbisik~

Comments

Popular posts from this blog

Di bawah lindungan kaabah.

Syair Imam As-syafie ❤️

Menakluk diri.