Irama hidup.

MENEROBOS PILIHAN HIDUP

Ketika saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Saudi Arabia,hati saya sangat kuat mengatakan.

"Sue.Ini adalah pilihan Allah untuk engkau.Jangan toleh kebelakang."

"Apa pun yang terjadi selepas ini,kehidupan engkau kini bukan manusia yang tentukan.
Tetapi Dia yang merangka jalan takdir engkau menujuNya tanpa perlu kau meminta belas manusia sedikitpun".

Bekerja di Malaysia tidak baguskah ?

Bukan tidak bagus bekerja di Malaysia.
Jururawat di Malaysia mempunyai kepakaran dan bidang khas tersendiri.
Saya BERSYUKUR kerana pengalaman bekerja di hospital kerajaan sangat membantu saya untuk 'survive' di sini.
Kerana dulu saya lah antara jururawat yang digelar 'Ratu JONAH' sehingga kan rakan sekerja takut untuk bekerja dengan saya.
Tetapi atas dasar itu saya menjadi matang untuk menguruskan sesuatu perkara.
Biar teruk dimaki atau kitalah yang paling sibuk ketika itu,
Tetapi nikmatnya adalah hasil 'learning process'dari 'kesusahan' tersebut.

Adakah faktor gaji ?

Bukan kerana faktor gaji semata.
Ya gaji yang diberi memang berbaloi.
Berbaloi dengan pengorbanan saya meninggalkan keluarga tercinta.
Tetapi wang tidak langsung dapat membeli kasih sayang kedua orang tua saya.

Faktor saya memilih berhijrah ke saudi adalah kerana diri saya sendiri.

Saya bukan kisah kan langsung pasal pekerjaan,

Tetapi saya kisah kan "peluang emas" yang Allah bagi.

Kerana Madinah.

Jalan untuk ke Madinah hanya untuk mereka yang mengerjakan umrah dan haji SAHAJA.

Hanya untuk mereka yang diberi peluang melanjutkan PELAJARAN dan berada atas tiket KERJA sahaja.

Dan sedikit cenderahati dari Allah BOLEH membawa pasangan,anak dan ibubapa menggunakan "pas lawatan visa " jika berkenan untuk membawa mereka ke sini.

Saya sendiri tidak terpikir untuk ke sini,
Sementelah lagi rupanya saya di sini sudah hampir setahun.
Masih setahun jagung.
Perjalanan masih berliku.
Banyak perkara baru dari hari ke hari.
Hakikatnya,jiwa kena besar menerima segala yang mendatang.

Kekuatan

Mama saya adalah orang yang pertama merestui dan satu satunya orang yang setia menemani saya kehulu ke hilir ketika menguruskan dokumen untuk ke saudi,
Sedangkan pada mulanya abah saya agak keberatan untuk membenarkan saya ke sana.
Tetapi setelah di pujuk dan diyakinkan oleh mama,
Abah yang semangat bertanyakan perkembangan visa dan penerbangan saya ke saudi.

Sehingga kan tanpa sedar mengingat kembali kesukaran,
menitis air mata ketika ujian satu persatu hadir kerana tidak tahan,
Tetapi melihat semangat mama dan abah yang tidak putus memberi ingatan,hati kuat kembali.

Bahkan mama juga disangkal sinis oleh orang sekeliling,

"Eh,berani eh kau lepaskan anak dara kau tu.tak takut ke lepaskan anak ke sana?"
"Entah Entah kena tipu dengan ejen."
"Bila tu dia nak kawin kalau pergi sana?umur dah makin meningkat."

Kagum nya saya dengan jawapan mama.

"Biarlah dia pergi,nak mencari ilmu."

"Dah dapat apa yang dia nak nanti,dia balik lah."

Bersangka baiklah !

Setiap orang jalan hidup berbeza.
Kenal pasti tujuan dan peluang hidup di depan mata.
Jika Salah memilih jalan hidup,
Jangan kesalkan.
Jalan menuju Allah hanya satu jalan yang lurus,
Carilah dan dakap lah semampumu.

Semoga Allah redha.

Comments

Popular posts from this blog

Di bawah lindungan kaabah.

Syair Imam As-syafie ❤️

Menakluk diri.