Random thoughts.

Kesusahan mencari rezeki

#disaudi ni kalau kita ke pasar karat dan menunggu untuk membayar dikaunter,akan ada pekerja yang datang offer untuk menolong menolak troley barang sehingga ke kereta,
Kemudian kita akan faham untuk menghulurkan sedikit wang tanda terima kasih.
Walaupun tak perlu pun untuk kita setakat troley tetapi Demi kerana sesuap rezeki mereka akan offer diri berebut untuk membantu menolak troley.
Kemudian jika kita menghulurkan lebih,tanda terima kasih itu terlalu berharga buat mereka sehingga berulang kali menyebut perkataan tersebut.

#sewaktu hendak membayar duit dikaunter di sebuah shopping mall,
Saya di potong oleh seorang wanita yang datang tiba2 memarahi pekerja dikaunter tersebut dengan perkataan yang kasar,
Mulanya saya tidak faham butir bicara mereka,kemudian wanita tersebut mula melibatkan saya sekali supaya menerangkan kembali kepada pekerja tersebut situasi yang berlaku.
Agak krik2 dan setelah wanita tersebut beredar,pekerja itu memberitahu wanita tersebut adalah seorang pencuri tas tangan berjenama yang tegar.
Bermaksud kecurian yang dilakukan adalah kali ketiga.
Saya bertanyakan kepada pekerja tersebut mengapa tiada tindakan dilakukan,
Pekerja tersebut hanya geleng kepala dan beliau yang akan bertanggungjawab dengan pemotongan gaji oleh bos beliau.

*disclaimer
Bukan berniat memburukkan,
Tetapi mana2 pun hatta di NEGARA sendiri pun banyak berlaku ketirisan Amanah dan ikhlas.
Segalanya adalah dari sikap individu sendiri.

Agama tidak pernah salah,
Tetapi peribadi manusia itu sendiri yang mencemarkan kesucian akhlak agama 🌸.

Comments

Popular posts from this blog

Di bawah lindungan kaabah.

Syair Imam As-syafie ❤️

Menakluk diri.